Perutusan
Hari Raya Aidilfitri 1435
Kelab Belia dan Remaja Islam
Bismillahirrahmanirrahim…
Selawat dan salam keatas penghulu kita Nabi Muhammad SAW.
Ramadhan akan meninggalkan kita hanya beberapa hari lagi. Ramadhan merupakan satu bulan yang dikurniakan oleh Allah SWT supaya dijadikan satu bulan tarbiyah untuk mendidik hambanya menjadi insan yang bertakwa.
Perginya ramadhan pada tahun ini meninggalkan seribu kenangan kepada kita sebagai seorang hamba yang sedang bermujahadah untk mencari ketakwaan kepada Allah SWT. Ini kerana Allah SWT telah menegaskan bahawasanya orang yang paling mulia disisiNYA ialah orang yang paling bertakwa. sebagaimana firmanNYA yang bermaksud
" Sesunggunhnya semulia mulia manusia di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa kepada Allah"
Perginya ramadhan digantikan dengan Syawal sebagai tanda kemenangan kepada umat islam yang berjaya menghidupkan ramadhan yang mulia.
Dikesempatan ini saya mewakili Kelab Belia Dan Remaja Islam (KERIS) ingin mengucapakan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri kepada seluruh Umat Islam , Kami disini memohon beribu kemaafan jikalau ada tersalah dan silap dalam melaksanakan tugas sebelum ini.
Akhir sekali, marilah kita sama-sama menyambut syawal pada tahun ini dengan penuh keinsafan dan kesederhanaan kerana didalam keadaan kita sedang bergembira menyambut syawal yang mulia terdapat saudara kita yang sedang diuji oleh Allah SWT sebagaimana yang sedang berlaku di bumi Mesir dan Syria.
Salam hormat daripada kami, Selamat Meyambut Hari Raya AidilFitri 1435
“Islam Pemangkin Generasi Tarbawi”
NOR AFIQAH BINTI IDRIS
SETIAUSAHA AGONG KERIS
SERTA WARGA KERJA KELAB BELIA DAN REMAJA ISLAM.