Kelab Belia dan Remaja Islam lancar akaun 'Twitter' dan 'Facebook'

8 JULAI : Kelab Belia dan Remaja Islam (KERIS) telah melancarkan dua akaun sosial rasmi iaitu akaun 'twitter' dan akaun 'facebook'. Capaian masing-masing boleh didapati menerusi carian @KERISMALAYSIA (TWITTER) dan carian Kelab Belia dan Remaja Islam (FACEBOOK). Tujuan pihak KERIS melancarkan akaun ini adalah agar belia dan masyarakat luar dapat memahami tujuan penubuhan kelab disamping dapat terus berinteraksi dengan orang awam terutamanya belia.

Pihak kelab masih lagi mempromosikan KERIS melalui pelbagai alternatif dan ini adalah salah satu dari pelan pemasaran kelab. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai KERIS boleh diajukan terus melalui saluran yang disediakan dan pihak kelab akan sedaya upaya memberikan maklumbalas secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment